12 April 2011

nazam

MOHAMAD HILMI BIN MOHD DAN
PPISMP INSTITUT PERGURUAN RAJA MELEWAR, 2009
http://mohdhilmi.com/ http://bakalguru.com

Nazam merupakan sebuah puisi klasik Melayu pengaruh Arab. Pada zaman dahulu,
pedagang -pedagang dari Asia Barat atau Timur Tengah iaitu Arab dan Parsi telah
datang ke Melaka untuk berdagang. Selain berniaga. mereka juga mengajar agama
Islam kepada penduduk tempatan. Selain kitab suci AI-Quran. kitab-kitab Hadis.
Kitab Tauhid, Fekah, Tasauf dan Tajwid juga diperkenalkan. Selain itu, mereka juga
memperkenalkan Kitab Berzanji yang di dalamnya mengandungi pelbagai puisi Arab
seperti Ratib. Berzanji. Syair, Burdah, Qasidah, Nasyid. Thamsil, Rubai. Kithah,
Masnawi, Marhaban, Ghazal, Bayt dan Nazam.
--------------------------//---------------------------

merupakan salah satu jenis puisi lama yang telah wujud lebih 100 tahun yang lalu. Nazam yang
seakan-akan menyerupainas yi d tetapi ia boleh didendangkan secara perseorangan atau
berkumpulan secara sponton oleh kaum wanita ketika menganyam tikar, membuatketup at,
menidurkan anak dan sebagainya.

Kebanyakan lirik atau senikatanya berbentuk puisi lama mengandungi pelbagai nasihat dan
tunjur ajar biasanya berkaitan dengan ilmutauhid, Fardhu Ain, Sifat Rasul, Sifat 20 dan
sebagainya. Kumpulan yang mendendangkan nazam ini biasanya terdiri daripada 5 hingga 8
orang.
Menurut sejarah, Nazam dikatakan berasal dariParsi dan pada abad ke 16, nazam dibawa ke
Asia Tenggara melalui pedagang dan alim ulamak.

Aku mula nazam ini dengan nama,
Allah yang memberi fahaman agama,
Puji itu bagi Allah yang mulia,
Lagi kekal ia lagi yang sedia.

Dari contoh di atas yang di karang oleh Tuan Guru Haji Mustapa dari Kuala Linggi, dapat dilihat
nazam dicipta oleh alim ulama yang mempunyai ilmu yang mendalam mengenai agama. Cara
penyampaian bergantung kepada tajuk atau mesej yang hendak disampaikan.

Di Melaka, Hajah Ramlah bte Haji Baba merupakan peminat nazam sehingga sekarang. Beliau
merupakan ketua kepada Suara Srikandi Melaka yang memimpin Kumpulan Nazam Sri Kandi
Tanjung Kling. Beliau yang berasal dari Tanjung Kling ,Melaka telah melibatkan diri dan
menghidupkan semula nazam ini hampir 10 tahun lalu. Beliau merupakan wanita tunggal yang
masih mengingati nazam yang hampir pupus. Menurut beliau, puisi-puisi lama yang
didendangkan itu asli daripada nenek moyang turun temurun dan ia tidak diubah suai serta di
tulis dengan tulisanjawi.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar