12 April 2011

Lanjutan

MOHAMAD HILMI BIN MOHD DAN
PPISMP INSTITUT PERGURUAN RAJA MELEWAR, 2009
http://mohdhilmi.com/ http://bakalguru.com
Kami nama nazam ini mukadimah,
Bagi yang baru belajar ilmu Allah,

Kami harap bagi Allah Tuhan Esa,
Mana salah faham kami ampun dosa,
Ya Rabbana kami harap akan rahmat,
Dari dunia sampai kami ke akhirat,
Ya Rabbana bila sampai mati kami,
Dengan iman supaya kami tidak rugi,
Oleh itu mari kita sama-sama,
Buat amal jangan leka jangan lena,
Sampai sini nazam kami akhir kata,
Mana salah faham kami ampun dosa.
————————–

NAZAM berasal daripada perkataan Arab dan tergolong dalam puisi Melayu tradisional. Nazam mempunyai struktur dan ciri-ciri irama lagu yang tersendiri. Biasanya nazam terdiri daripada dua baris dalam satu rangkap. Setiap barisnya juga terikat, iaitu mempunyai sekitar dua belas suku kata dan dibaca atau dinyanyikan dengan lagunya yang tersendiri.
Kebanyakan lagu nazam bertemakan keagamaan seperti memuji kebesaran Allah, menceritakan
syurga dan neraka, amal ibadat, nabi, malaikat, dan kadangkala berbentuk nasihat.
Nazam dilagukan dalam majlis keagamaan di masjid, sekolah, rumah, dan sebagainya

Tidak ada komentar:

Posting Komentar