MOHAMAD HILMI BIN MOHD DAN
PPISMP INSTITUT PERGURUAN RAJA MELEWAR, 2009
http://mohdhilmi.com/ http://bakalguru.com
Contoh nazam :
Nazam Mukadimah (Risalah Ahmad Mufti)
Allah Allah azza wajal tuhan kami,
Kami minta ampun akan dosa kami.
Kami nama nazam ini mukadimah,
Bagi orang baru belajar ilmu Allah.
Kami harap bagi Allah Tuhan Esa,
Mana salah faham kami ampun dosa.
Ya rabbana kami harap akan rahmat,
Dari dunia sampai kami ke akhirat.
....
Sampai sini nazam kami akhir kata,
Mana salah faham kami ampun dosa.
Nazam juga mestilah dimulakan dengan salam, selawat dan basmalah. Zaman dahulu, nazam menjadi satu cara untuk menghidupkan surau dan madarasah. Kuliah yang disampaikan dalam bentuk ceramah mungkin ada menarik satu pihak sahaja tetapi, apabila disampaikan dalam bentuk nazam (perbandingan sekarang nasyid) kesannya berbeza kepada pihak yang lain.
Lihat sahaja bagaimana anak-anak yang didedahkan dengan nasyid "Raihan" begitu mudah
menghafal nama-nama Rasul, mudah selawat dan mengucap. Ungkapan yang amat fasih pada
lidahnya. Demikian halnya dengan nazam. Nazam Sifat 20 misalnya, memudahkan seseorang
menghafal makna Sifat-Sifat Allah; ataupun Nazam Rukun Islam.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar